Wednesday, July 28, 2010

FEATURES: What Do You Really Want.

FEATURES:.

Salam,

Apabila musim cuti sekolah setiap hujung tahun tiba, memang ramai bakal-bakal raja dan ratu sehari sedang membuat persiapan untuk menamatkan zaman bujang mereka.  Pelbagai persiapan termasuk memilih lokasi persandingan, majlis yang akan diadakan malah pelbagai Butik Pengantin telah dikunjungi untuk meneliti fesyen-fesyen pakaian pengantin terkini di samping memilih Wedding Planner untuk majlis bersejarah mereka.


Courtesy of 5the

Oleh itu, untuk entry kali ini, saya ingin berkongsi mengenai perkara-perkara yang anda perlu JELASKAN kepada Wedding Planner yang bakal anda pilih untuk merealisasi majlis perkahwinan impian anda.


Tell Them Exactly What Do You Want

Apabila anda ingin mendapatkan quotation daripada mana-mana Wedding Planner, pastikan anda memberitahu dengan jelas apa yang anda mahukan.  Adakah anda mahukan Wedding Planner tersebut menguruskan seluruh majlis? atau sekadar mahukan Hiasan Pelamin? Anda perlu menjelaskan mengenai perkara-perkara berikut:

Budget:
Berapa anggaran budget anda? Tell them limitasi budget sebenar anda. Lebih baik berterus terang daripada menyembunyikan budget sebenar anda. Jika anda rasa quotation yang diberikan melebihi budget sebenar anda, berbincang dengan Wedding Planner tersebut jika harga boleh diturunkan. Namun perlu diingat, pengurangan harga turut melibatkan pengurangan servis.

Lokasi majlis:
Adakah majlis akad dan sanding dibuat di lokasi yang sama? atau akad nikah di Jabatan Agama Islam dan Majlis Belulut atau Malam Berinai diadakan di rumah manakala persandingan diadakan di Dewan. Jelaskan lokasi sebenar.

Tema Majlis: 
Apakah tema majlis? Adakah anda mahukan tema Ala English? Gothic? Candy? Garden? Atau tema anda berpandukan warna seperti Red Hot, Sweet Pink, Dark Blue dan sebagainya.


Sweet Candy Theme

Pelamin atau Wedding Dias: 
Berdasarkan tema warna atau tema seperti dinyatakan. Ataupun anda memerlukan Pelamin Mini untuk Akad di rumah manakala Pelamin Sanding Exclusive di dewan termasuk Hiasan Meja Beradap, Walkway dan Entrance Arch.

Bridal Couture by NazzibsamaD


Pakaian yang perlu disewa:
Jelaskan berapa helai pakaian untuk disewa bagi Majlis Persandingan? Berapa helai persalinan untuk Majlis Belulut atau Malam Berinai? Atau anda mahukan the traditional white dress untuk majlis di Church dan Bridal Couture untuk Reception Dinner? Bagaimana pula dengan pakaian bagi Bridesmaid dan Bestman?

Hair and Makeup: 
Berapa kali makeup diperlukan (Akad & Sanding?) Atau Tiga kali Makeup iaitu untuk majlis di Church, Outdoor Photography dan Wedding Dinner. Perlu juga dijelaskan jika anda memakai tudung atau tidak.


Makeup done by MAC PRO makeup artist.

Perkara-perkara berkaitan
Adakah anda memerlukan hiasan kereta pengantin? Hiasan Kamar Tidur? Henna Design atau inai tangan? Atau sekadar manicure dan pedicure?

These are information you need to inform your Wedding Planner to make it easier for them to work on the quotation.  Jika anda menghantar email atau menghubungi The Bridal Department bagi mendapatkan quotation khidmat Perunding Perkahwinan, jelaskan perkara-perkara yang dinyatakan di atas bagi memudahkan urusan.


Lots of Love, 


- NazzibsamaD -




1 comment:

Jumie Samsudin said...

Thanks so much dear. Kita perlu sebarkan ilmu ini!! :)

Hantaran

Gubahan  Dulang Hantaran Mohd Naim Roslan &  Mahani Mohamad Kampung Hilir,  Sri Aman,  Sarawak BY NAZZIBSAMAD ...